Thursday, August 16, 2012

Teman Pengganti | Black ft. Malique

 Tajuk : Teman Pengganti
Artis : Black ft Malique

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Muat turun : Mediafire


kindly a nice song..=)
Share:

Wednesday, August 15, 2012

Iklan Raya 2012 | Ahmad & Fizi

Iklan Raya 2012 | Ahmad & Fizi


Antara iklan yang dapat memberi kesan kepada penonton-penonton di Malaysia. Kebanyakkan respon dari penonton yang hampir menangis dek iklan ini. Mane taknye, 2 beradik cacat mengharungi pelbagai rintangan untuk ke kampung. Aku sendiri pun ada terasa gak dengan iklan ni. Dan pada pagi 16/8/2012 pelakon iklan ini telah pun ke udara di HotFM untuk slot AMKrew untuk ditemubual. Tengok tu, aku yang dah tua ni pun apply jadi pelakon tak dapat-dapat lagi.! Kahkahkah..





Tonton disini : YouTube
Share:

Indiepretasi | MUSIC


Sebuah album yang ditributekan khas untuk Allahyarham P.Ramlee. Gabungan beberapa band indie tempatan yang memang superb bagi aku. =)

Ni list-list track yang ada dalam album ni. Cekidaut.!
  1. Hujan – Tunggu Sekejab
  2. Seven Collar T-Shirt – Jangan Tinggal Daku
  3. Altimet (feat Imran Ajmain) – Maafkan Kami
  4. Awanband (feat Che Mat) – Malam Bulan Di Pagar Bintang
  5. Monoloque – Tiada Kata Secantik Bahasa
  6. One Buck Short – Pok Pok Bujang Lapok
  7. Pesawat – Ai Ai Twist
  8. Pop Shuvit – Aci Aci Buka Pintu
  9. They Will Kill Us All – Sepanjang Riwayatku
  10. Yuna – Gelora Jiwa
  11. Grey Sky Morning – Malam Pesta Muda Mudi
  12. Couple – Menche Che Bujang Lapok
  13. Subculture – Bunyi Gitar
  14. Bittersweet – Getaran Jiwa
  15. AG & Co (feat Azlan Typewriter) – Jeritan Batinku
  16. Kugiran D’Tepi Pantai – Nujum Pak Belalang
  17. Meet Uncle Hussein (feat Hazama) – Ya Habibi Ali Baba

Muat turun : MEDIAFIRE
Share:

Twitter

Dilihat sebanyak :

Kandungan ditulis dengan ikhlas oleh Sireh. Powered by Blogger.

Pengikut