Sunday, December 15, 2013

ONCE

Sedang gua berebut-rebut nak selit-selit,cilok-cilok atas lebuhraya yang sesak teramat sangat, tiba-tiba gua dapat SMS.

SMS ni dari sahabat gua di negara seberang, Indonesia.
Dia ni dulu teman sepermainan gua. Main konda kondi ku beri nama cikebum-cikebum dan macam-macam lagi.

Oleh kerana bapak dia businessman, dia pindah sana. Masa tu cerita paling top, Tomatoman. Tahun bila gua dah lupa. 1996 barangkali.

Lama betul dia menyepi.
Aku sampaikan lupa dah nama dia.
Rupa dia.
Suara dia.

Last berita yang gua dengar dia dah gunting rambut pendek, slup tepi.

SMS yang dia hantar berbunyi begini,
"orang lain pun nak balik rumah juga brader..",ONCE.
Share:

Monday, December 9, 2013

Kunci rumah

Selesai 'parking', gua keluar kereta. Gua pastikan dompet, rokok & telefon dah gua kutip masukkan dalam poket. Biasanya, time camni parking berbumbung penuh. Takpe. Tak kesah. Esok pagi gua boleh alih.

Gua keluarkan telefon, membaca satu persatu post di facebook berkenaan bencana banjir sambil berjalan ke lif. Cepat pintu lif terbuka.

17, gua tekan butang. Atas sekali. Orang kata towerhouse. Ah, line internet tak dapat. Gua pandang lantai, gua pandang siling bagi menghilangkan bosan.

Selang beberapa minit, pintu lif terbuka. Gua menapak keluar, perlahan. Sunyi.

Gua keraskan hati. Menapak lebih laju. Sampi depan pintu, gua meraba poket untuk mengambil kunci rumah.

Ah, celaka. Kunci rumah dalam kereta.! Grr~

Share:

Twitter

Dilihat sebanyak :

Kandungan ditulis dengan ikhlas oleh Sireh. Powered by Blogger.

Pengikut