Thursday, April 18, 2013

Nasi lemak lauk lipas

Kisah ni berlaku masa aku darjah 3 kalau tak salah aku. Dulu family aku dari keluarga yang agak susah. Arwah ayah aku bagi duit belanja 50 sen sehari. 30 sen untuk sekolah pagi, 20 sen untuk sekolah petang. Kalau aku bawak bekal ke sekolah pagi dapatlah belanja puas-puas masa sekolah petang. Keropok mamee,aiskrim pop, super ring dan beberapa jajan lain yang mwnjadi faveret aku.

Ada 1 pagi, ayah belikan nasi lemak dari kedai Chalus. So aku pun plan nak bawa nasi lemak tu pergi sekolah sebagai bekal waktu rehat nanti.

Tiba waktu rehat, aku pun cari abang aku untuk rehat sama-sama. Aku punyalah eksaited dapat rehat dengan nasi lemak kedai Chalus. Nasi lemak dia memang power.! Dengan semangat aku buka nasi lemak. Dan dengan terkejut juga aku bila nampak ada sekor lipas mati dalam tu. Taklah besar sangat.

Aku pandang abang aku yang duduk sebelah. Dia pandang aku. Dia ambil lipas tu dan buang terus ke longkang. Dengan selamber.

Aku teruskan makan.

Habis waktu rehat...

Share:

Fakta mengenai gula







Apakah Gula?
  • Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh.
  • Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa, dan susu dalam bentuk laktosa.
  • Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa penyediaan atau pemprosesan.
  • Pengambilan gula tambahan tidak diperlukan dalam diet harian kerana gula boleh diperoleh daripada makanan yang mengandungi karbohidrat.
  • Pada label makanan, gula boleh disenaraikan sebagai sukrosa (sucrose), fruktosa (fructose), sorbitol, manitol (mannitol), sirap jagung (corn syrup), madu (honey), malt, ekstrak malt (malt extract), maltosa (maltose), ekstrak beras (rice extract), molas (molasses) , golden syrup dan inverted sugar .

Kurangkan gula dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit kencing manis dan kaki dari dipotong. Kalau yang kuat 'kencing orang' tu akan menambahkan risiko untuk dipotong kaki.! ekeke..
Share:

Monday, April 15, 2013

Kesihatan Mental menjelang pilihanraya | Portal MyHEALTH


Oleh kerana Pilihan Raya Umum akan berlangsung tidak lama lagi, aku ingin kongsikan sedikit maklumat kesihatan berhubung dengan kesihatan mental. Apa kena mengena kesihatan mmental mental dengan pilihanraya? Tak perlulah aku jawab. Kalau kita lihat dari peperangan cyber (cyber war) dari kedua-dua belah pihak di laman sosial boleh mengakibatkan rakyat menjadi gila.

Kahkahkah.!

Berikut merupakan petikan dari sebuah artikel dari Portal MyHEALTH.  Semoga ia dapat memberi sedikit panduan kepada kita.


-------------------------------------------------------


Saya tidak menghidap sakit mental. Jadi adakah mental saya sihat?
  • Mental yang sihat tidak bermakna terlepas dari penyakit mental.
  • Amat penting untuk kita memahami maksud sebenar mental yang sihat.
  • Individu yang sihat mental berupaya mengekalkan perhubungan yang harmoni dengan orang lain, mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan boleh menyumbang di dalam masyarakat (Definisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia - WHO)
  • Menurut Polisi Kesihatan Mental Malaysia, - Kesihatan Mental merujuk kepada keupayaan individu, kumpulan dan persekitaran untuk berinteraksi di antara satu sama lain bagi menjana perasaan sejahtera dan fungsi yang optima dan penggunaan kebolehan kognitif / intelek, afektif / emosi dan perhubungan dalam mencapai matlamat individu dan kumpulan yang konsisten dengan keadilan.(Adaptasi dari Kanada)
  • Secara amnya anda mempunyai kesihatan mental yang positif jika anda:
  • Individu yang sihat mental dapat mengekalkan fungsi biologi, psikologi, sosial dan kerohanian yang baik
Bagaimana saya boleh mencapai dan mengekalkan minda yang sihat?

Anda boleh mencapai serta mengekalkan kesihatan mental yang positif mengikut panduan dan tip yang diberikan.


Share:

Buli di sekolah/asrama

Baru-baru ni kecoh orang cerita pasal kes buli di sebuah sekoah di Penang. Video yang aku ketagorikan sebagai 'bangang' apabila sendiri buat jahat dan sendiri juga yang pergi kecohkan. Sama juga seperti kes video seks 3gp dulu. Penyalahgunaan teknologi ataupun 'kebangangan' teknologi. Keh keh keh..

 Tapi bagi aku itu bukan buli.

Buli - kalau di asrama sekolah yang aku belajar dari F1-F3 : basuh spender senior, gosok baju senior, kena pau 'bahan' (biskut, air botol, coklat, keropok), pau hanger+clorox+sabun basuh baju, kena urutkan senior dll. Ni sebagai 'pengikat kasih sayang' antara senior dan junior. Abah kau kasih sayang.!

Tapi kalau 'buli' seperti yang dikecohkan seperti video ketua kelas kena belasah tu, kat asrama aku dipanggil sebagai 'kirai'. Pergh, kalau setakat pakai penumbuk sulung takpe lagi. Ni siap pakai 'buku lima', kayu hoki, kasut but bola dan beberapa lagi senjata yang tak berapa nak tajam beb.! Memang setan gila aku rasa senior aku masa aku duduk kat asrama tu. Tapi kesemua mangsa adalah kerana masalah yang mereka cari sendiri. Mencuri, sekodeng dll.

Tapi bagi aku, aku kira bertuah sebab merasa suasana persekolahan seperti itu yang aku kira tak semua orang dapat merasa pengalaman tersebut. Tapi mamat yang suruh aku basuh dia punya spender tu hari-hari, kau memang celaka.! sigh~



Share:

Twitter

Dilihat sebanyak :

Kandungan ditulis dengan ikhlas oleh Sireh. Powered by Blogger.

Pengikut