Monday, April 15, 2013

Buli di sekolah/asrama

Baru-baru ni kecoh orang cerita pasal kes buli di sebuah sekoah di Penang. Video yang aku ketagorikan sebagai 'bangang' apabila sendiri buat jahat dan sendiri juga yang pergi kecohkan. Sama juga seperti kes video seks 3gp dulu. Penyalahgunaan teknologi ataupun 'kebangangan' teknologi. Keh keh keh..

 Tapi bagi aku itu bukan buli.

Buli - kalau di asrama sekolah yang aku belajar dari F1-F3 : basuh spender senior, gosok baju senior, kena pau 'bahan' (biskut, air botol, coklat, keropok), pau hanger+clorox+sabun basuh baju, kena urutkan senior dll. Ni sebagai 'pengikat kasih sayang' antara senior dan junior. Abah kau kasih sayang.!

Tapi kalau 'buli' seperti yang dikecohkan seperti video ketua kelas kena belasah tu, kat asrama aku dipanggil sebagai 'kirai'. Pergh, kalau setakat pakai penumbuk sulung takpe lagi. Ni siap pakai 'buku lima', kayu hoki, kasut but bola dan beberapa lagi senjata yang tak berapa nak tajam beb.! Memang setan gila aku rasa senior aku masa aku duduk kat asrama tu. Tapi kesemua mangsa adalah kerana masalah yang mereka cari sendiri. Mencuri, sekodeng dll.

Tapi bagi aku, aku kira bertuah sebab merasa suasana persekolahan seperti itu yang aku kira tak semua orang dapat merasa pengalaman tersebut. Tapi mamat yang suruh aku basuh dia punya spender tu hari-hari, kau memang celaka.! sigh~



Share:

0 kritikan:

Post a Comment

Twitter

Dilihat sebanyak :

Kandungan ditulis dengan ikhlas oleh Sireh. Powered by Blogger.

Pengikut