Live like a science..
Think like a mathematic..
And dream like a paint..
Friday, August 30, 2013
Monday, August 26, 2013
Puisi Mesir
Mereka ibarat sebatang mancis,
bernyala hanya untuk,
sebuah hak!
sebuah keluarga!
sebuah agama!
Malangnya,
gugur terbakar,
satu persatu,
hangus,
menjadi abu kecekelakaan,
bagi sang kepala bana!
juga bagi sang celaka!
tapi perlu ingat,
sebatang mancis juga mampu,
untuk memusnahkan sebuah istana!
Wednesday, August 14, 2013
Unknown
Kita perlu memiliki PERSAMAAN,
Dan barulah dapat mencari PERBEZAAN,
Tanpa..
Memiliki sebuah PERBALAHAN..
Seseorang bernama ibu
Baru-baru ni aku sempat berjumpa dengan kawan aku, dari bangsa Kemboja. Bangsa yang bagi aku pandai dalam perniagaan. Kalau ikut dari cerita orang lama, orang Kemboja ni berhijrah ke Tanah Melayu dengan telan emas. Simpan dalam perut. Bila rasa selamat, emas itu dikeluarkan dan dicuci untuk dijadikan modal berniaga. Biasanya, kain dan pakaian muslimah.
Jadi, kawan aku ni pun mewarisi perniagaan menjual pakaian dari keluarganya.
Begini ceritanya,
Abang kawan aku ni berniaga di satu kawasan di Perak sempena Aidilfitri lepas. Menjual baju muslimah dan baju melayu. Satu malam, datang satu keluarga kecil, dua orang anak membawa emaknya membeli baju untuk dipakai di hari raya nanti. Dari cerita yang disampaikan kepada aku, anak-anak tersebut kelihatan agak rugged. Anak perempuan. Bertuala key di kepala. Lagak berduit.
Emak tersebut masuk ke khemah lantas memilih baju yang dirasanya sesuai. Terlihat sepasang baju kurung berharga RM90.00. Cantik. Siap cuba. Ngam. Senyum makcik tu.
Kemudian, salah seorang anaknya bersuara, "Kenapa tak ambil yang ni? Cantik lagi ni!", sambil menunjukkan baju kurung lama. Tiga pasang RM100.
"Orang tua buat apa nak pakai yang mahal-mahal!", tambah anaknya lagi.
Dengan suara yang perlahan, emaknya bersuara dalam nada yang perlahan, "Ye, yang ni pun cantik juga..". Mengiakan kata-kata anaknya.
Ibu tua tadi memilih baju-baju yang dicadangkan kepadanya tadi. Lalu diserahkan kepada abang kawan aku tadi. Sambil menghulurkan duit, matanya bergenang air mata.
Abang kawan aku tersentak! Terkejut dengan kejadian yang berlaku di depan mata.
Sambil membungkus baju untuk makcik tersebut, dimasukkan sekali dengan baju yang mula-mula dipilih tadi sambil berkata, "Makcik, baju ni saya hadiahkan kepada makcik..".
Makcik tu terima sambil mengesatkan air mata, "Terima kasih nak..".
Lantas, abang kawan aku terus ke belakang khemah. Menangis.
Sedarkan kita, semakin kita dewasa, semakin jauh kita meninggalkan orang yang paling dekat dengan kita sewaktu kita kecik dulu?
Sireh