Sunday, December 15, 2013

ONCE

Sedang gua berebut-rebut nak selit-selit,cilok-cilok atas lebuhraya yang sesak teramat sangat, tiba-tiba gua dapat SMS.

SMS ni dari sahabat gua di negara seberang, Indonesia.
Dia ni dulu teman sepermainan gua. Main konda kondi ku beri nama cikebum-cikebum dan macam-macam lagi.

Oleh kerana bapak dia businessman, dia pindah sana. Masa tu cerita paling top, Tomatoman. Tahun bila gua dah lupa. 1996 barangkali.

Lama betul dia menyepi.
Aku sampaikan lupa dah nama dia.
Rupa dia.
Suara dia.

Last berita yang gua dengar dia dah gunting rambut pendek, slup tepi.

SMS yang dia hantar berbunyi begini,
"orang lain pun nak balik rumah juga brader..",ONCE.
Share:

0 kritikan:

Post a Comment

Twitter

Dilihat sebanyak :

Kandungan ditulis dengan ikhlas oleh Sireh. Powered by Blogger.

Pengikut