Monday, April 15, 2013

Kesihatan Mental menjelang pilihanraya | Portal MyHEALTH


Oleh kerana Pilihan Raya Umum akan berlangsung tidak lama lagi, aku ingin kongsikan sedikit maklumat kesihatan berhubung dengan kesihatan mental. Apa kena mengena kesihatan mmental mental dengan pilihanraya? Tak perlulah aku jawab. Kalau kita lihat dari peperangan cyber (cyber war) dari kedua-dua belah pihak di laman sosial boleh mengakibatkan rakyat menjadi gila.

Kahkahkah.!

Berikut merupakan petikan dari sebuah artikel dari Portal MyHEALTH.  Semoga ia dapat memberi sedikit panduan kepada kita.


-------------------------------------------------------


Saya tidak menghidap sakit mental. Jadi adakah mental saya sihat?
  • Mental yang sihat tidak bermakna terlepas dari penyakit mental.
  • Amat penting untuk kita memahami maksud sebenar mental yang sihat.
  • Individu yang sihat mental berupaya mengekalkan perhubungan yang harmoni dengan orang lain, mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan boleh menyumbang di dalam masyarakat (Definisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia - WHO)
  • Menurut Polisi Kesihatan Mental Malaysia, - Kesihatan Mental merujuk kepada keupayaan individu, kumpulan dan persekitaran untuk berinteraksi di antara satu sama lain bagi menjana perasaan sejahtera dan fungsi yang optima dan penggunaan kebolehan kognitif / intelek, afektif / emosi dan perhubungan dalam mencapai matlamat individu dan kumpulan yang konsisten dengan keadilan.(Adaptasi dari Kanada)
  • Secara amnya anda mempunyai kesihatan mental yang positif jika anda:
  • Individu yang sihat mental dapat mengekalkan fungsi biologi, psikologi, sosial dan kerohanian yang baik
Bagaimana saya boleh mencapai dan mengekalkan minda yang sihat?

Anda boleh mencapai serta mengekalkan kesihatan mental yang positif mengikut panduan dan tip yang diberikan.


Share:

0 kritikan:

Post a Comment

Twitter

Dilihat sebanyak :

Kandungan ditulis dengan ikhlas oleh Sireh. Powered by Blogger.

Pengikut